::: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke - 53 :::




Saturday, August 28, 2010

Tema Hari Kemerdekaan



Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan nikmati pada hari ini adalah hasil usaha gigih pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Oleh itu, kita sebagai generasi baru hendaklah sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara ini.
Tanpa kita sedari, kini kita sudah pun hampir ke bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair yang tercinta. Seperti biasa apabila tibanya bulan Ogos, satu tema dicipta setiap tahun bagi Sambutan Hari Kemerdekaan sesuai dengan matlamat dan halatuju negara.

Sehubungan dengan itu, tema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Menurut Pak Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan mulai 1 Ogos hingga 16 Sept ini.

Sambutan bulan kemerdekaan akan dimulakan dengan pelancarannya di Stadium Utama, Kanggar Perlis dan berakhir dengan Sambutan Hari Kemerdekaan bermula pada 1 ogos dan berakhir dengan acara Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di kota Kinabalu pada 16 september setiap tahun.

Pelbagai program dan isian sepanjang tempoh sambutan tersebut akan menumpukan kepada kesejahteraan rakyat di bawah Gagasan 1Malaysia dan tidak melibatkan terlalu banyak ucapan oleh pemimpin.

Justeru itu, kempen mengibar jalur gemilang telah di adakan sepanjang bulan kemerdekaan ini yang melibatkan pemilik kedai, pemilik bangunan dan juga sekolah.
Diharap dengan pelaksaan program dan kempen sepanjang bulan kemerdekaan nanti dapat meningkatkan kesedaran dan semangat patriotik terutama bagi golongan remaja dan belia di dalam memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya kerana mereka adalah pewaris negara ini.






Semoga bersempena dengan tema kemerdekaan tahun 2010 ini
sedikit sebanyak mampu membawa Malaysia 
ke arah negara maju pada tahun 2020.

Garis Kronologi Ringkas Tanah Melayu

Berikut merupakan kronologi ringkas peristiwa penting di Tanah Melayu:

1400
Pembukaan Melaka oleh Parameswara.

1445
Pengisytiharaan agama Islam sebagai agama rasmi oleh Sultan Muzaffar Syah.

1511
Kejatuhan Melaka di tangan pihak Portugis.

1528
Sultan Alauddin Riayat Syah menubuhkan kerajaan Johor.

1786
Bendera British dinaikkan di Pulau Prince of Wales, yang kini dikenali sebagai Pulau Pinang.

1819
Syarikat Hindia Timur Inggeris mula bertapak di Singapura.

1821
Siam menakluk Pulau Jawa.

1841
James Brooke ditabalkan menjadi Gabenor Sarawak.

1866
Nama Tanjung Puteri ditukar kepada Johor Bharu.

1875
Kematian J.W.W. Birch di Pasir Salak.

1881
Syarikat Borneo Utara British mengambil alih pentadbiran Sabah.

1885
Penubuhan Konsul British di Johor.

1897
Durbar pertama dilaksanakan di Kuala Selangor.

1917
Vyner Brooke berkuasa ke atas Sarawak.

1942
Kejatuhan keseluruhan Semenanjung Malaysia di tangan pihak Jepun.

1920-an
Pengaruh ideologi komunis di Persekutuan Tanah Melayu.

1941
Pengaruh ideologi komunis di Sarawak.

1957
Pengisytiharaan Kemerdekaan pada 31 Ogos.


Malaysia telah mengecapi pelbagai perubahan sejak itu. 
Tokoh-tokoh serta pahlawan-pahlawan yang telah menabur jasa bakti mereka semestinya akan berbangga akan Malaysia pada masa kini; 
negara yang membangun, dan terus membangun untuk menjadi sebuah negara maju pada masa hadapan.




Tugu Negara menggambarkan sekumpulan tentera mengibar Jalur Gemilang.
Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, 
getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan
pejuang-pejuang tanah air terdahulu.

Friday, August 27, 2010

Konsep 1 Malaysia

 

Apa itu 1 Malaysia? Adakah sebagai rakyat Malaysia anda memahami apa itu 1 Malaysia?

1 Malaysia merupakan sebuah konsep yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Yang Berbahagia Tan Sri Najib bin Tun Abdul Razak.
Konsep itu mendukung sebuah tema yang berbunyi, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Namun, konsep satu Malaysia ini bukanlah hanya omongan kosong sahaja.
Konsep 1 Malaysia ini merupakan sebuah visi negara bagi mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Konsep ini juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasana, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sumber Rujukan ; Laman Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.





1 Malaysia.
Marilah kita kecapinya bersama.

Friday, August 20, 2010

Kemerdekaan

W E L C O M E !

THIS IS H4P7's INDEPENDENCE BLOG. 
DO RESPECT IT AS WE DID THIS BLOG WITH OUR OWN EFFORT.
THANK YOU :)


Analogi Hari Kemerdekaan

Di Malaysia, Hari Bersejarah ini disambut pada 31 Ogos setiap tahun.
Ini seterusnya telah menandakan Malaysia sebuah negara yang bebas dari taklukan kuasa asing dan telah berjaya mentadbir dan mempunyai kerajaan sendiri.
Syabas Malaysia!

S E L A M A T  M E N Y A M B U T  H A R I
K E M E R D E K A A N  Y A N G  K E - 5 3 !

Detik Keemasan