::: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke - 53 :::




Wednesday, September 15, 2010

Aktiviti & Program Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-53 Peringkat Kebangsaan



BULAN JULAI 2010

• Program Penyerahan Koleksi Rakyat 
Tarikh: 1 Julai 2010 – 20 Ogos 2010
Tempat: Pusat Komuniti dan Pejabat Penerangan di seluruh daerah & Pejabat Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri sebagai pusat pengumpulan bahan
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Agensi Pelaksana: Jabatan Arkib Negara

• Pertandingan Melukis Seni Kartun - Bakat Muda Merdeka 
Tarikh: 12 Julai 2010 – 23 Ogos 2010
Tempat: Balai Seni Lukis Negara
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Agensi Pelaksana : Balai Seni Lukis Negara
• Pertandingan Pidato dan Esei Kebangsaan
 Tarikh: 20-22 Julai 2010 (Pidato) 1-15 Julai 2010 (Esei)
Tempat: Semi Final: Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia & Auditorium Balai Seni Lukis, Final: Dewan Bahasa dan Pustaka
Masa: 9 pagi - 12 tengahari
Agensi Pelaksana: Perpustakaan Negara


BULAN OGOS 2010

• Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang 
Tarikh: 1 Ogos 2010
Tempat: Stadium Utama, Kangar, Perlis
Masa: 8.00 malam -10.30 malam
• Pameran Kemerdekaan "Wira Yang Tidak Dicanang" 
Tarikh: 17 Ogos 2010 hingga 17 September 2010
Tempat: Muzium Negara
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
Agensi Pelaksana : Jabatan Muzium Malaysia
• Pameran Memperingati Detik Sejarah Kemerdekaan (Ruang dalam muzium)
• Pameran RTM Mengisi Kemerdekaan (Ruang legar muzium)
• Tayangan Filem/Dokumentari/Drama
• Kuiz Merdeka 53
• Tayangan khas/esklusif 

Tarikh: 23 Ogos 2010 hingga 30 September 2010
• Peraduan Merekacipta Kad Hari Kemerdekaan
• Peraduan Mencipta Pantun Kemerdekaan
• Peraduan Mencipta Slogan atau Nama Baru Muzium Penyiaran

 Tarikh: 23 Ogos 2010 hingga 23 September 2010
• Cadangan untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records dengan menyiarkan lagu-lagu patriotik selama 24 jam tanpa henti di dalam web online RTM 
Tarikh: 30 - 31 Ogos 2010
• Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia
 Tarikh: 30 Ogos 2010
Masa: 6.15 petang – 10.00 malam
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan
Agensi Pelaksana: Jabatan Arkib Negara
Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil Merdeka bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran KPKK
 Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 6.00 petang
Tempat: Masjid Putra, Putrajaya
• Acara Perbarisan dan Perarakan  
Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 7.00 pagi- 9.30 pagi
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur


BULAN SEPTEMBER 2010

• Meraikan warga RTM yang lahir pada 31 Ogos 
Tarikh: 1 September 2010
• Perayaan Hari Malaysia
i. Pameran
ii. Pertandingan Koir Patriotik
iii. Acara Rasmi 
 
Tarikh: 16 September 2010
Tempat: Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah
• Bicara Tokoh RTM mengenai Kemerdekaan
• Lukisan Graffiti 1Malaysia Menjana Transformasi
 
Tarikh: 21 September 2010
• Peraduan Mewarna Merdeka 50
 Tarikh: 25 September 2010
• Manifestasi Puisi Kemerdekaan 
Tarikh: 23 – 25 September 2010
Masa: 9.00 pagi - 11 malam
Tempat: Taman Budaya Negeri Melaka
Agensi Pelaksana: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
• Persembahan Nyanyian Lagu Patriotik 
Tarikh: 30 September 2010

Diharapkan dengan pengisian aktiviti sempena 
Hari Kemerdekaan ke-53 ini,
rakyat Malaysia dapat turut sama bergiat aktif dalam
aktiviti bagi menyemarakkan lagi semangat 1 Malaysia.

Sekilas Pandangan

Istiadat Pertabalan YDPA



Istiadat Pertabalan Yang di Pertuan Agong yang pertama, Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad telah dilangsungkan pada 2 September 1957.
Upacara penuh adat-istiadat Raja-raja Melayu itu telah berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.
Istiadat ini disusuli 21 tembakan meriam, paluan nobat dan gendang kebesaran Diraja.
Sebagai tanda kuat kuasa, sebilah keris panjang Diraja telah diserahkan kepada Yang di Pertuan Agong selepas penyistiharan pertabalan dibacakan.
Dengan pertabalan ini, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong secara rasminya mengetuai Persekutuan Tanah Melayu.


Sumber: Arkib Negara Malaysia

Wednesday, September 8, 2010

Selingan sebentar :)


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H buat semua warga Kolej Matrikulasi Selangor.
Mohon Maaf Zahir dan Batin.


Jangan lupa untuk pulang kembali ke KMS
pada 14 September taw! ^^

Bicara sebentar bersama Tokoh Kemerdekaan




Pada 30 Ogos lepas, KMS telah mengadakan satu ceramah yang berkaitan dengan kemerdekaan di Surau As-Sufi.
Penceramahnyea, Leftenan Jeneral Bersara Dato' Seri Panglima Zahidi bin Hj Mohd Said.



Okay, kesimpulan ringkasnya yang boleh dirumuskan adalah Tuan Panglima ni merupakan salah seorang askar pada zaman-zaman sebelum merdeka dulu. Beliau sekarang dah berusia 60+ tahun. 


Melalui ceramahnya, memang banyak yang boleh diambil ikhtibar, termasuklah pada zaman Tanah Melayu megalami krisis bersama Parti Komunis Malaya dulu.


Yang menariknya, ada juga satu peristiwa pada tahun 2000, yang aku pasti ramai yang tak pernah nak ambil tahu tentang ni. 
Peristiwa ringkasnya macam ni, dulu ada 5 orang atau lebih orang kumpulan Al-Maunah, menyamar dan masuk ke pengkalan kem tentera dalam percubaan untuk "melancarkan pemberontakan menggulingkan Raja". 
Mereka berniat untuk masuk dan mendapatkan bekalan senjata api. Banyak juga la yang mereka berjaya bolot, termasuklah pistol, senapang M-16 serta bom tangan.
Disebabkan kecekapan dan kepekaan ahli-ahli tentera dan askar di situ, mereka akhirnya ditahan.

Satu word, L E G A !



Beliau juga seorang pejuang di zaman Jepun menjajah Tanah Melayu dulu. 
Sememangnya beliau seorang yang mempunyai banyak pengalaman dalam hal kemerdekaan dan keadaan di Tanah Melayu sebelum dan selepas 31 Ogos 1957.



Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Leftenan Jeneral Bersara Dato' Seri Panglima Zahidi bin Hj Mohd Said atas ceramah yang banyak memberikan pengajaran dan erti sebenar kemerdekaan.



Mungkin tahun depan boleh buat lagi? :)

Tuesday, September 7, 2010

Tema-tema Hari Kemerdekaan



Setelah 53 tahun merdeka, aku bet mesti korang tak pernah terlintas nak tahu tentang tema-tema yang lepas, kan? Ada yang lagi tragis, tak tahu langsung wujudnya tema untuk hari merdeka setiap tahun.


Ini sebahagian dari tema-tema Hari Kemerdekaan yang lepas. Cuba korang hayati, setiap tahun mesti ada transformasi logo siap dengan tema sekali, kreatif betul warga Malaysia ye. I wonder who designed those themes?! Enjoy~



Tema : Ketahanan Rakyat



Tema : Bersatu Maju



Tema : Kebudayaan Sendi Perpaduan 


Tema : Bersatu Berdisplin 


Tema : Berdisplin Berbakti 


Tema : Berdisplin Berharmoni 


Tema : Berdisplin Giat Maju


Tema : Bersama Ke Arah Kemajuan


Tema : Amanah Asas Kejayaan


Tema : Nasionalisme Teras Perpaduan



Tema : Bangsa Tegas Negara Teguh


Tema : Setia Bersatu Berusaha Maju



Tema : Setia Bersatu Berusaha Maju


Tema : Bersatu



Tema : Berjaya


Tema : Wawasan 2020


Tema : Wawasan Asas Kemajuan


Tema : Bersatu Menuju Wawasan


Tema : Nilai Murni Jayakan Wawasan 


Tema : Jatidiri Pengerak Wawasan


Tema : Budaya Penentu Kecapaian


Tema : Akhlak Mulia Masyarakat Jaya


Tema : Negara Kita, Tanggungjawab Kita


Tema : Bersatu Ke Alaf Baru


Tema : Keranamu Malaysia


2007
Tema : Malaysiaku Gemilang
2008
Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

2009
Tema : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


2010
Tema : 1 Malaysia Menjana Transformasi



Lihat! Masing-masing ada tema tersendiri. 
Kita wajib untuk menghayati tema-tema ini kerana tema-tema ini masing-masing memberikan maksud tersirat yang wajar diambil ikhtibar bagi pembangunan negara serta rakyat Malaysia.

Di kesempatan ini juga, walaupun telah terlambat beberapa hari, kami, pelajar Hayat 4 Praktikum 7 ingin mengucapkan

SELAMAT HARI LAHIR MALAYSIAKU SAYANG! ;)




Malaysia Boleh!
Jumpa lagi Merdeka tahun 2011!

Detik Keemasan