Bendera Union Jack diturunkan dengan diiringi lagu "God Save The Queen" buat kali terakhir di Tanah Melayu pada tengah malam memasuki 31 Ogos 1957.
#2
Lagu Negaraku merupakan Lagu Kebangsaan Negeri Perak dan di samping itu juga lagu yang popular bernama Terang Bulan. Mengikut cerita Tuan Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini telah digunakan buat pertama kali sebagai Lagu Kebesaran Negeri Perak pada tahun 1901 iaitu pada masa pertabalan Raja Edward VII di England.
#3
Pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan telah membawa kesan positif ke atas jumlah pelaburan asing dan tempatan. Pada tahun 2006 jumlah pelaburan asing dan tempatan telah mencecah RM 40 billion iaitu penambahan sebanyak kira-kira 60% berbanding tahun 2001.
#4
Kos permulaan pembinaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM ditaja oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.
#5
Individu yang bertanggungjawab mengasaskan PETRONAS ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
0 comments:
Post a Comment