Sambutan kali ini diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, namun semua persembahan memberi mesej dan penyedaran kepada rakyat.
Lebih kurang 15,000 rakyat membanjiri stadium untuk menyaksikan persembahan sempena Hari Kemerdekaan yang banyak melibatkan generasi muda dan pasukan keselamatan.
Penyatuan dan kegembiraan menyambut kemerdekaan dapat dikongsi bersama rakyat Malaysia menerusi persembahan yang ditonjolkan. Bangunan Sultan Abdul Samad, sebagai contoh, tetap ada keunikan tersendiri walaupun sudah ditelan usia.
Kami mengajak anak Malaysia, tua muda, miskin kaya, tinggi rendah, lebar runcing untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang sehingga 16 September sempena Hari Penubuhan Malaysia.
So, apa lagi kibarlah bendera yang ada kat rumah tu
daripada biar berhabuk je dalam stor anda!
:)
0 comments:
Post a Comment