Pada 30 Ogos lepas, KMS telah mengadakan satu ceramah yang berkaitan dengan kemerdekaan di Surau As-Sufi.
Penceramahnyea, Leftenan Jeneral Bersara Dato' Seri Panglima Zahidi bin Hj Mohd Said.
Okay, kesimpulan ringkasnya yang boleh dirumuskan adalah Tuan Panglima ni merupakan salah seorang askar pada zaman-zaman sebelum merdeka dulu. Beliau sekarang dah berusia 60+ tahun.
Melalui ceramahnya, memang banyak yang boleh diambil ikhtibar, termasuklah pada zaman Tanah Melayu megalami krisis bersama Parti Komunis Malaya dulu.
Yang menariknya, ada juga satu peristiwa pada tahun 2000, yang aku pasti ramai yang tak pernah nak ambil tahu tentang ni.
Peristiwa ringkasnya macam ni, dulu ada 5 orang atau lebih orang kumpulan Al-Maunah, menyamar dan masuk ke pengkalan kem tentera dalam percubaan untuk "melancarkan pemberontakan menggulingkan Raja".
Mereka berniat untuk masuk dan mendapatkan bekalan senjata api. Banyak juga la yang mereka berjaya bolot, termasuklah pistol, senapang M-16 serta bom tangan.
Disebabkan kecekapan dan kepekaan ahli-ahli tentera dan askar di situ, mereka akhirnya ditahan.
Satu word, L E G A !
Beliau juga seorang pejuang di zaman Jepun menjajah Tanah Melayu dulu.
Sememangnya beliau seorang yang mempunyai banyak pengalaman dalam hal kemerdekaan dan keadaan di Tanah Melayu sebelum dan selepas 31 Ogos 1957.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Leftenan Jeneral Bersara Dato' Seri Panglima Zahidi bin Hj Mohd Said atas ceramah yang banyak memberikan pengajaran dan erti sebenar kemerdekaan.
Mungkin tahun depan boleh buat lagi? :)
0 comments:
Post a Comment